17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


19081804KUALA LUMPUR: Seramai 21 pegawai kanan dari pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 17 Ogos 2018.

Pemakaian pangkat didahului oleh Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan kekal menjawat jawatan sebagai Panglima MK 31 Bgd serta Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Abd Rahman dipakaikan pangkat yang sama dan kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Jurutera, Jab Arah Rejimen Askar Jurutera Diraja.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kol Ke Brig Jen kepada tiga pegawai kanan didahului oleh Kol Ir Abdul Hamid Mohd Isa, menjawat jawatan sebagai Komander Jurutera Medan Barat, Grup Jurutera Pemerintahan Medan Barat TD, Kol Ir Anhar Anuar menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) manakala Kol (Dr) Sharifah Sofiah Syed Zainol kekal menjawat jawatan sebagai Pakar Obsterik & Ginekologi, 96 HAT.

Manakala dua pegawai dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan seramai 13 pegawai berpangkat Mej dinaikkan pangkat ke Lt Kol serta pemakaian pangkat Kol (Kehormat) Askar Wataniah iaitu Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran yang ditauliahkan ke pangkat Kol (Kehormat) berkuatkuasa pada 23 Ogos 2017 dan dilantik sebagai Komandan PALAPES Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming dan AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.