19 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

24081802KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim   menyempurnakan Majlis Korban/Aqiqah peringkat Tentera Darat di perkarangan Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn bagi Tahun 1439H/2018M pada 22 Ogos 18.

Smbutan ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Adha diimamkan oleh  Pegawai Staf 2 Agama MK 12 Bgd, Mej Ahmad Nazri Mohd, dan khutbah bertajuk “Aidiladha Manifestasi Penyerahan Kepada Pencipta” disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Agama MK TD, Lt kol Muhamad Azmi Wahab.

"Kita sering melihat umat Islam menyambut Aidilfitri lebih meriah, lebih hebat dan lebih lama tidak seperti Aidiladha. Ada yang menghabiskan Aidiladha dengan begitu sahaja tanpa sebarang pengisian dan ada yang beranggapan Aidiladha hanyalah hari menyembelih korban semata-mata. Ketahuilah, bahawa kelebihan bulan ini bukan sahaja disediakan bagi orang yang pergi mengerjakan haji di Baitullah tetapi kepada semua umat Islam yang berada di mana sahaja, yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan mengabdikan dirinya kepada Allah”

Acara diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan yang disempurnakan oleh PTD kepada Lt Kol Muhamad Azmi Wahab selaku ketua tim sembelihan yang dibantu dengan 72 anggota dari MK TD dan Formasi 4 Div. Pelaksanaan peringkat seterusnya iaitu ibadah korban dengan sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan, seekor dari PTD, dua ekor daripadanya adalah sumbangan Ahli Perlimen Wangsa Maju, seekor pula daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) manakala yang selebihnya adalah daripada penyertaan persendirian dari warga Formasi 4 Div.

Turut hadir Pemangku Ketua Staf MK TD, Mej Jen Dato’ Yaacob Hj Samiran, Pegawai-pegawai Kanan TD dan hampir 2000 warga TD.