18 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

24081803KUALA LUMPUR: Seramai 400 warga Kementerian Pertahanan serta wakil delegasi New Zealand menghadiri upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki) daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya pada 20 Ogos 2018.

Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu menjadi saksi kepada Upacara Menandatangani Dokumen Rasmi dan Sijil Rasmi penyerahan 27 rangka tentera dan warga New Zealand oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand, Maj Gen Peter Kelly.

Penglibatan ketenteraan New Zealand di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua melibatkan Royal New Zealand Air Force (RNZAF) dan New Zealand Army Service Corp di mana ianya terus berkembang semasa era Darurat Pertama melalui 28th Briged Komanwel British yang bertempat di Kem Terendak, Melaka.

Pada tahun 1955, kekuatan kuasa ketenteraan telah dipertingkatkan bagi menjalankan operasi memusnahkan ancaman komunis melibatkan 6 Batalion Askar Melayu, 6 Batalion Infantri Gurkha, 6 Batalion Infantri Tentera British, 1 Batalion Askar Persekutuan termasuk Batalion dari Fiji dan Amerika dan terdapat 1 Skuadron New Zealand SAS yang telah berkhidmat bersama Batalion Infantri Malaysia.

Penugasan pasukan New Zealand ini tertumpu di negeri Perak dan sempadan Malaysia-Thailand termasuk Sarawak sehingga tahun 1966 yang dianggarkan hampir 4,000 Tentera New Zealand berkhidmat di Malaya/Malaysia sebelum diatur gerak ke Vietnam pada tahun 1967.

Istiadat dijalankan berikutan selesainya misi pengecaman rangka, analisis forensik dan ekskavasi yang telah dilakukan hasil kerjasama di antara Kementerian Pertahanan, Pakar dari New Zealand, Muzium Tentera Darat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Institut Alam Tamadun Melayu dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana hasrat Kerajaan New Zealand untuk membawa pulang rangka anggota tentera dan ahli keluarga dari Commonwealth War Grave (CWG) bagi pengebumian semula di bumi New Zealand menerusi penerbangan menggunakan pesawat NZB 787.

Turut hadir Ketua Setiausaha, Dato’ Halimi Abdul Manaf, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Hj Buang TUDM dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, His Excellency Richard Mann.