24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


02091801THAILAND: Eks Land Thamal Siri 24/2018 merupakan eksesais dua hala yang diadakan setahun sekali dengan hos penganjuran secara bergilir antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan  Royal Thai Army (RTA). Latihan ini dapat mengeratkan hubungan dua Negara di samping berkongsi taktik, teknik dan prosedur dalam merealisasikan keamanan serantau.

Perasmian Pembukaan Latihan ini telah disempurnakan oleh Mej Jen Kristsada Pongsamarat 5th Infantry Division Commander dan Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar pada 28 Ogos 2018 di Satun, Thailand.

Eksesais ini dilaksanakan selama 11 hari bermula pada 27 Ogos hingga 6 Sep 2018 bertempat di 2nd Infantry Battalion Headquarters (2nd Inf Bn), 5th Infantri Regiment, RTA. Ia melibatkan 1 kompeni RTA dari (2nd Inf Bn) dan 1 platun dari TDM dari Batalion Ke-3 Rejimen Sempadan (3 RS). Eksesais ini dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa pertama Cross Training Exersice (CTX), fasa kedua Field Training Exersice (FTX) dan fasa ketiga adalah Combined Militiry Civil Action (CMCA).

Menurut 5th Infantry Division Commander dalam ucapan pembukaan, "Eksesais Land Thamal bukan sahaja memberi manfaat kepada tentera yang terlibat, tetapi ia juga dapat membawa kepada peningkatan interoperabilitas dan peningkatan hubungan masa depan di kalangan kakitangan di semua peringkat yang ditugaskan termasuk keluarga tentera yang terlibat".

Semua perkara ini sangat diperlukan kerana ia juga membawa kepada kerjasama yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan mewujudkan kesejahteraan serta keamanan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia.

Turut hadir adalah Panglima 30 Briged, Brig Jen Hashim Aman Shah; 5th Infantry Regiment Commander, Kol Woradet Detrugsa; Commanding Officer 2nd Infantry Battalion, Kol Nikom Tonginkaew; Komander Artileri Div 2 Div, Kol Mohd Rawa Hj Seman; Pegawai Memerintah 3 RS, Lt Kol Ramli Noor dan pegawai-pegawai kanan dari kedua negara Thailand - Malaysia.