17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


02091803KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan di Padang Kawad BSPP pada 30 Ogos 2018.

Perbarisan diketuai oleh Lt Kol Noor Esjuraimey Baharan manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW 1 Mohamed Zuki Mohamed Salleh dan pancaragam yang mengiringi perbarisan ialah Pancaragam Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD) bawah pimpinan Lt Wan Nurfaiqah Wan yunus.

Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), diantara Lt Jen Datuk Abdul Hadi  Hj Hussin dan Mej Jen Dato’ Ismail Abetah disaksikan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan PAT,  beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan  terdiri dari tiga detasmen diiringi  Pancaragam Pusat RSD.

Serba ringkas keperibadian Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, mengambil alih jawatan KPPP pada 1 Jun 2009, beliau memulakan kerjaya tentera dengan menyertai Maktab Tentera Diraja (MTD) sehingga beliau lulus pada tahun 1981, dalam pengakuan kepada integriti, kesetiaan dan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara, beliau telah diberi dengan pelbagai pingat hiasan dan anugerah merit oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan ATM.

Turut hadir Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin serta pegawai-pegawai kanan ATM.