20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


04091801KUALA LUMPUR: Warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir menyaksikan acara street lining kepada mantan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-26, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim sebagai penghargaan diatas khidmat bakti beliau kepada Tentera Darat di perkarangan Wisma Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama pada 3 Sep 2018.

Terdahulu dari itu, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menerima Tabik Hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri dari enam pegawai dan 123 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Turut hadir, PTD, Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Stephen Mundaw dan pegawai kanan TD.