17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


30091803KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Ke-10 di antara Mej Jen Dato’ Ismail Abetah dengan KPPP baharu, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan di Padang Kawad BSPP pada 21 Sep 2018.

Terdahulu Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan yang terdiri daripada tiga detasmen diketuai oleh Lt Kol Adam Helmy Ali disusuli dengan nyanyian lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara lalu memeriksa perbarisan diiringi pancaragam dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Menyentuh sedikit profil Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dilahirkan pada 26 Jun 1961 di Gombak, Selangor dan mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 Jul 1979 dengan menerima latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson lalu ditauliahkan ke RAMD pada 31 Mei 1980.

Di sepanjang karier beliau, pencapaian paling dibanggakan adalah apabila dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan menjadi Komander pertama Angkatan Petugas Bersama II bagi menyelia dan mengawal operasi berkaitan keganasan Abu Sayaf serta aktiviti penculikan di kawasan perairan timur, Sabah.

Beliau yang mempunyai minat membaca serta melancong telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal dan dikurniakan empat cahaya mata.

Turut hadir Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin serta pegawai-pegawai kanan ATM.