24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


08101802LUMUT, 05 Okt 2018: Kontinjen Akuatik Tentera Darat (TD) telah mengembalikan zaman kegemilangannya apabila berjaya mengaut 14 pingat emas daripada 15 acara renang dan mengembalikan Piala Pusingan Polo Air yang diburu selama 10 tahun.

Tim Akuatik TD telah memulakan cabaran bagi acara renang pada 1 dan 2 Okt 18 dan memperolehi 14 pingat emas, 10 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Manakala saingan acara polo air pada 3 dan 4 Okt 18 dan telah berjaya menumpaskan juara bertahan iaitu TLDM dalam perlawanan akhir yang dimenangi sebanyak 18 - 6.

Dalam Kejohanan ini juga 1170597 LKpl Mohamad Zahid bin Mohamed telah dinobatkan sebagai perenang terbaik selepas mendapat 3 pingat emas perseorangan dan 1 pingat emas acara berpasukan. Manakala 1148778 Kpl Mohd Asrul bin Saai telah dipilih sebagai penjaring terbanyak bagi acara Polo Air selepas menjaringkan 39 gol dalam perlawanan menentang TUDM dan TLDM.

Tim Akuatik TD ini telah diketuai oleh Mej Mohd Ashafiq bin Abd Aziz dan berpusat di Pusat Cemerlang Akuatik Tentera Darat (PCATD) 17 RAMD (Para), Kem Terendak, Melaka.

Turut hadir Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin, Komander Pangkalan Lumut mewakili PTL, Brigedier Jeneral Dato’ Hj Hasim bin Jabar, Pengerusi JKK LSTD mewakili PTD, Brigedier Jeneral Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki, Pengerusi JKK LSTUDM mewakili PTU.

Oleh: Lt M Mohd Nafiq Afifi bin Jumaan
Gambar: 1169412 Lans Koperal Muhammad Faiz bin Rahmat