20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


08101803SUBANG, 4 Okt 18 - Pasukan Hoki Tentera Darat (TD) mencipta sejarah apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita berjaya menjuarai Kejohanan Hoki ATM 2018 setelah menewaskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kejohanan yang bermula sejak 1 Okt 18 ini telah diadakan di Pangkalan Udara Subang dan menyaksikan pertarungan akhir kedua-dua pasukan lelaki dan wanita menentang TLDM. Pasukan hoki lelaki TD berjaya menewaskan TLDM dengan keputusan 3-2 manakala pasukan hoki wanita TD berjaya menewaskan TLDM dengan keputusan 3-0.

Turut hadir memberi sokongan adalah Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan selaku Pengerusi Persatuan Hoki Wanita TD.