15 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

08101804PORT DICKSON, 4 Okt 2018 - Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menyempurnakan acara penyerahan bendera TD kepada Ketua Tim PACES, Lt Kol Zulkinie bin Yunus di PUSASDA, Port Dickson. Seramai 2 pegawai dan 9 LLP akan mewakili TD bagi pertandingan PACES 2018 yang akan berlangsung di Lahore, Pakistan mulai 5 hingga 16 Okt 2018.

Pertandingan ini merupakan penganjuran kali kedua oleh Pakistan Army yang melibatkan beberapa buah negara iaitu China, USA, Turki, Russia, Arab Saudi, Jordan, Iran, Jerman, Mesir, Indonesia, Uzbekistan dan United Kingdom. PACES 2018 merupakan penyertaan tahun kedua TD dalam pertandingan tersebut.

Objektif pertandingan adalah bagi menguji tahap ketahanan dan kecergasan fizikal serta mental bagi peserta yang terlibat. Pertandingan melibatkan larian 3.2km, pull up, push up, sit up dan combat efficiency test. Selamat maju jaya diucapkan