10101801SARAWAK, 9 OKTOBER 2018, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat (PTD) telah diberi taklimat pengurusan dan pengoperasian komunikasi Rejimen Pertama Semboyan Diraja (1 RSD) dalam menyediakan keperluan komunikasi kepada Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Lt Kol Nik Roslan bin Hj Nik Nik Mohamed Ariffin. PTD kemudiannya turut melihat demonstrasi penubuhan Station Rebro oleh Detasmen Radio 1 RSD.

Turut bersama PTD sepanjang lawatan Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Medan Timur TD, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen dan Mej Jen Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan MK TD.