17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


10101802SARAWAK, 8 Okt 2018 : Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat (PTD) telah membuat Lawatan Ulung beliau ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dan 1 Divisyen.

Ketibaan beliau di Kem Muara Tuang telah disambut oleh Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen dan kemudianya beliau telah menerima tabik hormat serta membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja yang di ketuai oleh Mej Winsle ak Litar.

PTD dan isteri seterusnya menghadiri jamuan ringan bersama 902 pegawai dan anggota bertempat di Kompleks Muara Tuang.

Dalam majlis tersebut PTD juga turut mengingatkan kepada semua lapisan anggota tentera untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah digariskan dan beliau tidak akan berkompromi dalam soal disiplin serta tidak akan membiarkan pegawai serta anggota yang bermasalah untuk terus berada di dalam perkhidmatan.

Selesai Majlis Jamuan Ringan PTD telah diberi taklimat lawatan ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat bertempat di Bilik Bincang PMT dan seterusnya Taklimat Lawatan ke 1 Divisyen di bilik Gerakan 1 Divisyen.

PTD juga turut berkesempatan menunaikan solat fardhu Zohor bersama-sama Warga 1 warga Pemerintahan Medan Timur bertempat di Surau Khalid Al-walid dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mej Md Shahrim bin Abd Hamid, Pegawai Agama MK 1 Div.

Turut bersama hadir disepanjang Lawatan, Mej Jen Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan MK TD.