19 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

10101803LUMUT - Pasukan Tim Silat Tentera Darat telah sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalkan Kejuaraan Kejohanan Silat Antara Perkhidmatan selama 4 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Kejayaan ini membuktikan bahawa Tentera Darat masih menjadi kuasa di dalam Pertandingan Silat Antara Perkhidmatan dengan menewaskan pencabar dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kejohanan yang bermula sejak 1 Okt 18 hingga 4 Okt 18 ini telah diadakan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut dimana Tim Silat Tentera Darat telah memperolehi sebanyak 10 Pingat Emas, 18 Pingat Perak dan 5 Pingat Gangsa.

Persatuan Taekwondo Tentera Darat dan Persatuan Silat Tentera Darat yang berpusat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera (PULAPOT) telah berjaya menyumbang 2 kejuaraan kepada Tentera Darat pada tahun ini. Kedua dua sukan ini telah diketuai oleh komandan PULAPOT iaitu Lt Kol Nozri bin Senawi selaku pengerusi Persatuan Seni Mempertahankan Diri Tentera Darat