17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


19101802SUNGAI BESI, 18 Oktober 2018 - Bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi telah berlangsungnya Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melibatkan 53 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor TD.

Majlis Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Mej Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah yang dinaikkan pangkat ke Lt Jen serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Turut dipakaikan pangkat adalah 2 lagi Pegawai Kanan berpangkat Brig Jen yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen.

Majlis diteruskan dengan kenaikan pangkat 6 Pegawai Kanan berpangkat Kol yang dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan 33 lagi Pegawai Kanan dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke pangkat Kol. Selain itu 11 pegawai Kanan dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Turut diraikan ialah 13 Pegawai Kanan Rejimen Semboyan Diraja iaitu 1 Mej Jen dan 12 Kol yang telah dipakaikan pangkat oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Kol Yang Di-Pertua Rejimen Semboyan DiRaja pada 16 Okt 18 di Istana Negeri Sembilan, Kuala Lumpur.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato' Azizan bin Md Delin dan Pegawai-Pegawai Kanan TD.