25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


19101803Kuala Lumpur, 13 Oktober 2018 - Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang mewakili Menteri Pertahanan, bertempat di Padang Kawad Kem KEMENTAH.

Acara ini disambut secara serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan dan ianya merupakan inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat cergas dan sihat dengan menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin riadah harian.

Penganjuran Hari Sukan Negara 2018 peringkat Kementerian Pertahanan dipenuhi dengan pelbaģai aktiviti yang disertai oleh warga Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi serta bahagian di bawah naungannya termasuklah ahli keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, Fun Walk, Fun Run dan Fun Ride. Di seesamping itu juga, PUSPANITA Kementerian Pertahanan telah mengambil inisiatif bagi memeriahkan lagi program dengan aktiviti mewarna dan sukaneka untuk anak-anak warga kementerian.

Dalam acar tersebut juga turut diperkenalkan Ikon Sukan Asia 2018, Mej (K) Dr. Suwaibah Mohd Nasir yang juga merupakan Ikon TUDM, Ikon Misi Keamanan Dunia Sejagat dan pemegang rekod Pelari Solo Wanita Negara.

Turut hadir ke program ini adalah Panglima Tentera Darat Jen Dato Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Halimi bin Abd Manaf, Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan awam dan tentera serta ahli keluarga masing-masing.