25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


24101801MELAKA, 23 Okt 2018 - Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Bgd (Para) telah diadakan di Padang Kawad 17 RAMD (Para), Kem Terendak hari ini. Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah menyerahkan tugasnya kepada Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal yang kini secara rasminya merupakan Panglima 10 Bgd (Para) ke -18.

Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 10 Bgd (Para) turut disaksikan oleh Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat.

Perbarisan Serah Terima Tugas ini diketuai oleh Lt Kol Anwar Zamani bin Jusop, Peg Mem 17 RAMD (Para) yang terdiri daripada 8 detasmen berkekuatan seramai 49 Peg dan 1,316 anggota. Pancaragam yang mengiringi perbarisan adalah merupakan gabungan brass band daripada 10 Bgd (Para) di bawah pimpinan Drum Major PW 2 Abdul Rifin Abdul Razak.

Dalam ucapannya, Mej Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkehendakan agar warga 10 Bgd (Para) memberikan sepenuhnya komitmen dan sokongan kepada Panglima 10 Bgd (Para) yang baharu.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga ketumbukan ini kerana telah sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah sepanjang beliau berkhidmat di Bgd ini.

Pada acara berasingan menyaksikan serah menyerah tugas Pengerusi BAKAT 10 Bgd (Para) daripada Datin Haslinda bte Mohd Ali kepada Puan Rozita Waty bte Ridzuan dengan disaksikan oleh Ketua Staf 10 Bgd (Para) Lt Kol Samad bin Igom yang diadakan di Rumah BAKAT 10 Bgd (Para), Kem Terendak.