20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


25101801KOTA BELUD, 24 Okt 18 - Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah hadir ke majlis penutup Eksesais MERTAK BERSATU Siri 11/2018 di Lapang Sasar Udara TUDM, Kota Belud, Sabah. Beliau yang tiba dari Kota Kinabalu bersama Pemerintah Tentera Darat DiRaja Brunei (TDDB) Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh bersama pegawai – pegawai kanan TDM dan TDDB yang lain telah disambut oleh Peg Memerintah 3 RAMD Lt Kol Yazid bin Yaacob.

Delegasi seterusnya telah dibawa menaiki Menara Site 2 TUDM bagi menyaksikan demonstrasi tembakan dari 3 platun mortar 81mm TDM dan TDDB. Eksesais yang bermula pada 17 Okt 18 dan dijadualkan berakhir pada 26 Okt 18 turut menyaksikan kerjasama erat dalam melaksanakan prosedur tembakan mortar 81mm. Antara kerjasama latihan yang telah dilaksanakan sepanjang eksesais ini melibatkan latihan silang, atur gerak mortar dan menembak.

PTD dalam kata-kata aluannya di awal ketibaan telah menyeru betapa pentingnya latihan bagi memastikan setiap anggota mortar terlatih dan mampu melaksanakan tembakan dengan baik apabila keadaan memerlukan. Tujuan eksesais ini adalah melatih dan memahirkan anggota tentera kedua-dua negara dalam perancangan dan pelaksanaan tembakan bersama. Menurut PTD lagi, kekuatan pertahanan kita dapat diperbaiki dengan kekerapan latihan yang kita lakukan. Setiap kelemahan yang ada hanya dapat diperbaiki menerusi perkembangan latihan. Kedua-dua Pemerintah TD seterusnya telah turun sendiri meninjau ke tapak mortar dan beramah mesra dengan anggota yang terlibat dengan eksesais.

Pada kali ini TDM telah memberi penghormatan kepada Pemerintah TDDB merasmikan Upacara Penutupan Eksesais MERTAK BERSATU Siri 11/2018 dan seterusnya diikuti dengan upacara pelucutan toha pelaku iaitu Lt Kol Yazid bin Yaacob Peg Mem 3 RAMD dan Mej Azaman bin Hj Hussien Peg Mem Komp Mem Bn 2 TDDB. Turut mengiringi PTD adalah Lt Jen Datuk Stephen Mundaw PMTTD, Mej Jen Dato' Ya'cob bin Hj Samiran AKS OPLAT, Mej Jen Datuk Zulkapri Bin Rahamat Panglima AT 450, Brig Jen Hafizuddeain bin Jantan Panglima 5 Bgd dan Brig Jen Datuk Hamdan bin Ismail Panglima 13 Bgd (ESSCOM). Acara seterusnya disusuli dengan jamuan ringan dan pertukaran cendera kenangan antara TDM dan TDDB serta diakhiri dengan acara bergambar.