25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


29101801SARAWAK, 25 Okt 2018 - Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama Pemerintah Tentera Darat DiRaja Brunei (TDDB) Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh telah hadir ke majlis penutup Eks MALBRU SETIA Siri 14/2018 di Ladang SOP Galasah, Niah, Sarawak pada 25 Okt 18.

Eksesais yang telah dilaksanakan bermula pada 19 sehingga 25 Okt 18 telah diakhiri dengan serangan Batalion daripada Batalion Ke 20 RAMD bersama Tentera Brunei ke atas musuh yang berkekuatan satu kompeni. Upacara telah diteruskan dengan sesi AAR dan perlucutan toha serta penyerahan kembali bendera komp B TDDB.

Seterusnya, Pemerintah TDDB telah merasmikan Upacara Penutupan Eksesais MALBRU SETIA Siri 14/2018 dan seterusnya diikuti dengan pertukaran cenderhati dan acara bergambar.

Turut hadir adalah Lt Jen Datuk Stephen Mundaw PMTTD, Mej Jen Dato' Ya'cob bin Hj Samiran AKS OPLAT, Mej Jen Dato' Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen, Brig Jen Shamsirudin bin Hj Mohd Shariff, Panglima 9 Bgd.