06111802KUCHING, 2 Nov 2018 – Bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang telah berlangsung upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat. Perbarisan bermula dengan upacara Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat yang menyaksikan Lt Jen Datuk Stephen Mundaw menyerahkan tampuk Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat kepada Lt Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain sebagai Panglima Medan Timur yang ke-3.

Upacara menandatangi Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Pemerintahan Medan Timur telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Perbarisan melibatkan 27 pegawai dan 472 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Faridul Anwar bin Hj Amran, Pegawai Memerintah Batalion ke Sembilan Rejimen Sempadan. Turut hadir Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia dan Mej Jen Dato‘ Zulkapri bin Rahamat, Panglima Angkatan Petugas 450, Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan, Ahli BAKAT di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dan Pesara Tentera.

Turut berlangsung adalah sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Panglima Tentera Darat yang jatuh pada hari ini di Wisma Sri Kenyalang.