24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


23111802BATU PAHAT: Upacara Pembukaan Eksesais Semangat Bersatu Siri 24/2018 telah dilaksanakan pada 18 Nov 18 bertempat di Padang Kawad Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Kem Majidee, Batu Pahat.

Seramai 18 Pegawai dan 310 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Eksesais ini yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Rizman bin Hj Ramli selaku Pegawai Memerintah 10 RAMD sebagai pasukan penganjur pada tahun ini.

Eksesais yang berkonsepkan latihan bilateral fasa Peperangan Konvensional ini dilihat banyak memberi faedah dalam perkongsian ilmu ketenteraan di antara kedua-dua negara disamping merapatkan hubungan antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Singapura.

Terdahulu, upacara pemakaian Toha latihan kepada Brig Jen Hj Zawawi bin Hj Adam Panglima 7 Briged selaku Pengarah Eksesais dan juga kepada Ketua Pelaku Pasukan Biru, wasit dan musuh.

Pembukaan eksesais ini telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat. Turut hadir Mej Jen Dato Mohammad bin Ab Rahman Panglima 3 Div, Brig Jen Dato Mohd Hassan bin Loman Ketua Staf Am PMBTD, Panglima Formasi serta  Chief of Staff General Staff TDS Brig Jen Siew Kum Wong.