21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

12121801JOHOR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu melakukan lawatan kerja beliau ke Markas 21 Grup Gerak Khas (MK 21 GGK) pada 6 Dis 2018.

Dalam lawatan tersebut, MENHAN diperkenalkan kepada pegawai-pegawai MK 21 GGK dan dibawa ke Bilik Helang MK 21 GGK untuk mendengar taklimat lawatan serta menandatangani Buku Lawatan Kerja.

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan MENHAN beliau diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin disambut oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Datuk Hasan Ali lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU).

Turut hadir Timbalan MENHAN, Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Affendi Hj Buang TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Ketua Staf Am 21 GGK, Brig Jen Datuk Jamaludin Jambi.