21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26121802KUALA LUMPUR: Seramai 23 calon penuntut Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan 99 calon penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera dari Kor dan Rejimen Tentera Darat terlibat dalam Majlis Penutup Pra Kursus MPAT dan MTAT disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah di Auditorium Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) pada 14 Dis 2018.

Kursus ini telah berlangsung selama dua minggu mulai 3 Dis 2018 yang bermatlamat untuk memberi latihan penyesuaian kepada penuntut kursus terhadap senario pembelajaran dan intipati sesi akademik dalam mendukung kemampuan penuntut Tentera Darat (TD) untuk lebih kompetitif semasa menghadiri kursus sebenar nanti.

Dalam ucapan penutup TPTD, beliau menyeru semua penuntut kursus supaya menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin dengan mencapai kejayaan demi masa depan TD.

Selain itu, beliau mahukan semangat kerjasama sesama penuntut haruslah di terapkan dan saling bantu membantu dalam apa jua aspek pembelajaran dan latihan yang mana diakhir kursus akan menentukan segala usaha yang dilakukan mendapat keputusan yang cemerlang.

Turut hadir, Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera, Brig Jen Dato’ Mohd Saufi dan Pengarah Dasar dan Pembangunan Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat, Kol Hassan Embong.