24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


26121803PORT DICKSON, 20 Dis 2018 - Majlis Pelancaran buku ‘Dari Meja Panglima Tentera Darat’ (DMPTD) dan Direktif Panglima Tentera Darat 2019 - 2022 telah diadakan di Auditorium Sebatang Karah, Kem Segenting Port Dickson oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Buku DMPTD dilancarkan sempena 100 hari (13 Dis 2018) PTD ke-27 menerajui tampuk Pemerintahan TD setelah mengambil alih jawatan sebagai PTD daripada Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim pada 3 Sep 2018 yang lalu.

Sebanyak 40 siri penulisan DMPTD mengikut tema seperti Ikrar Kesatria, Wasiat Raja-Raja Melayu, Rukun Negara, Kepimpinan, Ketuhanan, Latihan dan peringatan terhadap gejala negatif seperti merokok dan rasuah digarapkan dalam bentuk tulisan ringkas yang mudah difahami sebagai medium untuk berkomunikasi dan berhubung dengan seluruh warga TD dan dalam masa yang sama membuka ruang untuk mereka memberikan pandangan dan pendapat bagi meningkatkan lagi perkhidmatan TDM.

Selain itu DMPTD yang juga merupakan wadah hasil nukilan PTD sendiri memberi penekanan terhadap ASAS iaitu 4 direktif utama yang telah disampaikan dalam Perintah Ulung beliau iaitu;

Amal - Mengamalkan dan mempraktikan ilmu pengetahuan serta Kepakaran yang diperolehi untuk menghasilkan tugas yang berkualiti demi kepentingan perkhidmatan.

Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) – Menjamin kepatuhan kepada arahan dan disiplin serta mengamalkan budaya dalam membina jati diri dan personaliti sebagai seorang warga tentera yang dihormati dan disegani.

Adaptasi - Warga TD perlu bergerak seiring dengan peredaran dan perubahan semasa serta harus peka dan cepat mengadaptasi perubahan ini untuk terus berdaya saing terutamanya dalam era globalisasi dan pembangunan teknologi yang begitu pantas.

Siap Siaga – Penekanan hendaklah diberikan kepada aspek latihan anggota dan pasukan mengikut tempoh kitaran 24 bulan dan harus dicapai mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat. Selain itu TD turut membangunkan Pelan Army 4Next G iaitu rancangan kesiagaan jangka panjang TDM meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

BUKU DIREKTIF PANGLIMA TENTERA DARAT 2019-2022

Buku Direktif PTD 2019-2022 adalah panduan strategik yang menggariskan tindakan untuk mencapai matlamat TD. Direktif ini merupakan kesinambungan daripada tujuh Direktif PTD 2015-2018. Direktif ini bertujuan memberi garis panduan terhadap Pengurusan Operasi, Latihan, Sumber Manusia, Logistik, Information and Communications Technology (ICT), Kewangan, Perisikan dan Keselamatan.

Direktif Pengurusan PTD ini merupakan satu garis panduan serta rujukan kepada empat tonggak utama yang dinyatakan dalam Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera (PAT) iaitu Angkatan yang Profesional, Ketumbukan yang Siap Sedia, Keutuhan Organisasi dan memperkasakan Kualiti Hidup. Selain itu, panduan ini juga bertumpu kepada empat tonggak yang terkandung dalam Perintah Ulung PTD Ke-27 iaitu Amal, Sistem Pemerintahan Regimental, Adaptasi dan Siap Siaga (ASAS). Direktif PTD 2019-2022 menekankan peranan dan tugas TD di peringkat Nasional, ATM dan TD.