14 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

1501191133KUALA LUMPUR: Seramai 31 pegawai kanan Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 14 Jan 2019.

Majlis dimulakan dengan tiga pegawai kanan dipakaikan pangkat Brig Jen ke Mej Jen dimulai dengan Brig Jen Dato’ Md Yusof Aziz menjawat jawatan sebagai Ketua Staf, Markas Angkatan Bersama diikuti Brig Jen Dato’ Mahendra S.Sivapatha Sundram menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Strategik, Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) serta Brig Jen Dato’ Hj Mohd Zulkipli Mohd Zahir kekal menjawat jawatan sebagai Juruiring TD kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada empat pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen didahului Kol Anuar Abdul Wahab yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Operasi, Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, MK ATM, Kol Ahmad Saifuddin Talha menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Semboyan, MK TD, Kol Zainal Mohd Noor menjawat jawatan sebagai Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU), MK GAPU manakala Kol Hj Azelan Abu Bakar menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Arah Kor Ordnans Diraja, MK TD.

Manakala lapan pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol dan 16 pegawai dinaikkan pangkat Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan selamat menjalankan tugas dengan penuh komited, jujur dan ikhlas.

Majlis kenaikan pangkat ini membawa seribu pengertian kepada kita semua di mana secara kesimpulannya, ianya boleh dilihat sebagai satu ganjaran, pengiktirafan, rezeki malah ujian.

Gunakanlah pangkat dan kuasa dengan nawaitu dan tatacara yang diredhai Ilahi kerana kita bukan sahaja ingin berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming.