24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


18011901KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) dan disambut oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin bertempat di Perkarangan MK 3 Div pada 17 Jan 2019.

Sebaik ketibaannya, PTD menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Syah Wira Ma’arof serta diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD.

Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan beliau dibawa ke Bilik Gerakan MK 4 Div untuk mendengar taklimat lawatan serta turut menanam pokok di Mini Dusun 4 Div.

PTD kemudianya dipertontonkan Demonstrasi Kawad Menyuraikan Rusuhan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) di Padang Kawad 1 RRD dan lawatan diakhiri dengan menandatangi Buku Lawatan serta penyampaian cenderhati.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi Hj Abdul Hamid dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran.