21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

20011902Kuantan 18 Jan 19 - Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman telah melaksanakan Lawatan Ulung beliau ke 4 Bgd (Mek) dan disambut oleh Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Engr. Reizal Arif bin Tan Sri Ismail di perkarangan MK 4 Bgd (Mek).

Beliau seterusnya memeriksa Kawalan Kuarter dan diperkenalkan kepada pegawai-pegawai 4 Bgd (Mek) sebelum dibawa ke Bilik Gerakan MK 4 Bgd (Mek) untuk mendengar taklimat GAQ.

Setelah selesai mendengar taklimat, beliau turut ke Dewan Indera Sri Panching untuk majlis jamuan makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat bersama warga 4 Bgd (Mek).

Sejurus menunaikan solat Jumaat, Panglima 3 Divisyen dibawa ke Padang Kawad 4 Bgd (Mek) untuk menyaksikan Perbarisan Keupayaan Tempur 4 Bgd (Mek) yang diketuai oleh Lt Kol Zulhemi bin Masdar Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek) dan Demontrasi Ulang Bekal di Padang Kawad 1 KAD serta Demontrasi Memasak Dapur Medan berserta Peralatan Op Murni di Garaj Gempita 1 KAD.

Lawatan diakhiri dengan menandatangani buku lawatan dan acara bergambar. Turut hadir Ketua Staf Am, Lt Kol Muhamad Juraimy bin Aripin, Ketua Staf Tadbir dan Logistik, Lt Kol Anwar Jafrizal bin Haji Ahmad, Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Pegawai Staf Briged.