22 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


27021901KUALA LUMPUR: Seramai 459 warga awam, tentera dan pesara Kementerian Pertahanan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2018 yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 25 Feb 2019.


APC dan PPT adalah untuk menghargai sumbangan dan penghargaan oleh warga Kementerian Pertahanan dan ATM bagi tahun 2018 yang mana penerima keseluruhannya ialah seramai 10,714 meliputi 849 warga awam, 9585 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 280 pesara diberi.


Anugerah yang diadakan di MinDef diberikan kepada mereka yang terpilih manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh Bahagian dan Jabatan masing-masing.

Penerima APC akan diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai atau Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM 1000.00 manakala bagi pesara awam yang bersara wajib akan menerima Pingat PPT, Sijil Penghargaan serta Sijil Simpanan Premium BSN berjumlah RM 400.00.

Manakala untuk Pesara Awam yang bersara pilihan hanya menerima Sijil Penghargaan dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 400.00.

Dalam ucapan MENHAN, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang menerima anugerah dan
menegaskan bahawa penganugerahan yang diberikan ini menunjukkn bahawa setiap pengorbanan dan sumbangan telah mereka berikan semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam sentiasa dihargai dan tidak pernah dilupakan oleh kerajaan, khususnya Kementerian Pertahanan.

Menurut beliau lagi, penjawat awam merupakan agen perantaraan di antara rakyat dan kerajaan, oleh itu mereka perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tugas yang diamanahkan serta mengingatkan kepada semua yang hadir agar tidak terlibat dalam gejala yang menyalahi undang-undang seperti ISIS dan sebagainya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi serta pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.