19 April 2019
Kemaskini Akhir: 17 April 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

08031901KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 14 (TP M-14) atau International Monitoring Team Mindanao 14 (IMT M-14) di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 6 Mac 2019.

Penghantaran TPA M-14 adalah kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga persetujuan Kerajaan Malaysia untuk menghantar tim pemantau bagi tempoh 12 bulan, TPA M-14 diketuai oleh Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran selaku Ketua Misi akan meneruskan misi menggantikan TPA M-13 yang telah tamat penghujung Mac tahun ini.

Seramai 10 pegawai daripada ketiga cabang perkhidmatan dan satu anggota Lain-Lain Pangkat, dua pegawai daripada Polis Diraja Malaysia dan tiga pegawai awam dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

Komposisi TPA M melibatkan 28 pegawai dan anggota daripada empat buah negara, Malaysia merupakan Lead Nation dan mempunyai komposisi yang terbesar iaitu sebanyak 16 Pegawai dan anggota. TPA M  turut dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada Brunei seramai sembilan orang, Jepun seramai dua orang dan Norway seorang.

Penglibatan Malaysia mengetuai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M) bermula pada 10 Oktober 2004 berikutan jemputan daripada Kerajaan Filipina atau Government of Philippines (GPH) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF), sehingga kini sejumlah 13 tim telah diaturgerakkan menjalani misi di Mindanao. Tujuannya adalah untuk memantau gencatan senjata dan pembangunan sosio ekonomi di wilayah yang bergolak di Mindanao.

Penugasan TPA M adalah sejajar dengan syarat-syarat perjanjian dan persefahaman yang dimuktamadkan termasuk Terma Rujukan (TOR) yang telah dipersetujui oleh pihak GPH dan MILF, konsep organisasi TPA M adalah secara lead nation kerana melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei, Jepun dan Kesatuan Eropah di mana Malaysia adalah sebagai negara peneraju dan juga fasilitator bagi proses perdamaian di antara GPH dan MILF.

Beberapa perjanjian damai yang ditandatangani di antara Kerajaan Filipina dan MILF membuktikan bahawa peranan TPA M telah mencapai sasaran dan berjaya mengembalikan kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja rundingan.

Bagi perkembangan terkini proses perjanjian damai, GPH melalui Commission on Election (COMLEC) telah mengadakan satu pungutan suara (Plebiscite) untuk mendapatkan consensus rakyat di selatan Filipina mengenai sokongan kepada Bangsamoro Organic Law (BOL)/Bangsamoro Basic Law (BBL).

Sekiranya mendapat lebih banyak sokongan daripada penentangan, Bangsamoro Autinomous Region in Muslim Mindanao (BARMM) akan menggantikan Autinomous Region in Muslim Mindanao (ARMM), keputusan Plebiscite menunjukkan keputusan memihak kepada sokongan untuk BOL dan sekaligus mewujudkan BARMM. Pengerusi MILF, Murad Ebrahim telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri wilayah baru BARMM pada 22 Februari 2019.

Setakat ini, tiada sebarang insiden yang boleh menjejaskan proses perjanjian damai antara GPH dan MILF, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meneruskan tugasan TPA M-14 bagi mewujudkan keadaan yang kondusif bagi kedua-dua pihak di dalam menjalankan proses rundingan damai sehingga wilayah Mindanao mencapai keamanan sepenuhnya.

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Kamaruzaman Mohd Othman (TUDM), Komissioner Polis mewakili Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Jaafar serta para pegawai kanan ATM.