18 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26031901NEGERI SEMBILAN: Seramai 6000 pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir bagi memeriahkan acara Pertandingan Akhir Ujian Kemahiran Muzik Tentera Darat (Battel Of The Band) Tahun 2019 di Pantai Cahaya Negeri, Pord Dickson pada 23 Mac 2019.

Battle Of The Band ini telah di adakan pada peringkat saringan pada 22 Mac 2019, dimana ianya hanya melibatkan peringkat Kor sahaja. Lima Kugiran yang terbaik dari peringkat Kor terpilih ke peringkat akhir dan bertanding  Bersama Enam Kugiran dari peringkat Divisyen. Keseluruhan yang bertanding pada peringkat akhir adalah sebanyak  11 Kugiran.

Kugiran Kor Armor Berjaya mengungguli Battle Of The Band dan Lagu Patriotik Terbaik apabila diangkat sebagai Johan, hadiah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Acara ini diadakan buat julung-julungkalinya diadakan pada tahun ini setelah kali terakhir dilaksanakan pada tahun 1996.

Turut hadir Timbalan PanglimaTentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain dan pegawai-pegawai KananTentera Darat.