17 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26031902NEGERI SEMBILAN :Seramai 1500 warga Port Dickson termasuk pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir memeriahkan suasana sempena Ujian Kemahiran Brassband dan Serunai Tentera Darat Tahun 2019 yang diadakan pada 23 Mac 2019 di padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson.

Persembahan pada tahun ini terdiri daripada 12 pasukan (Enam Brass Band dan Enam Serunai) yang mewakili formasi setiap divisyen, terdahulu pasukan mereka telah bertanding di peringkat awal dan melepasi ujian diadakan di peringkat Divisyen masing-masing.

Bagi kategori Ujian Kemahiran Brass Band Tahun 2019, Johan disandang oleh Platun Brass Band dari Rejimen Pertama Kor Armor Diraja, manakala Johan bagi kategori Serunai Tentera Darat Tahun 2019 pula diraih oleh Batalion Ke Enam Belas Askar  Melayu Diraja, bagi kategori Drum Major Terbaik dimenangi oleh Sarjan Khairi Mohamed@Rahman dari Batalion ke Lapan Askar MelayuDiraja. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Turut hadir, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain serta pegawai kanan TD.