21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26031903KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-86 yang dihadiri oleh 399 pegawai serta pasangan dan para jemputan dari pelbagai Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat (TD) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 22 Mac 2019.

Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama serta merupakan salah satu acara yang terdapat dalam jadual sambutan HTD disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah terjalin di antara mantan-mantan PTD bersama pegawai-pegawai TD walaupun mereka telah bersara.

Hasil komitmen jitu kita, TD dapat meneruskan legasi mempertahankan negara ini daripada sebarang pencerobohan, ini adalah satu kejayaan yang tidak datang bergolek, menyaksikan banyak pengorbanan dipihak kerajaan, tentera serta kaum keluarga mereka, mengimbau sejarah perjuangan TD kepada pahlawan negara yang telah terkorban demi kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi sekarang.

Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan keadaan ini, memikul amanah yang diberi, tidak sekali-kali mengkhianati Ikrar Kesatria dan melanggar tujuan tersirat wasiat raja-raja melayu ,” ujar PTD.

Tambahnya lagi, Sambutan Hari TD Ke-86 menyaksikan kelainan, berkonsepkan Tahun Latihan Dan Penjajaran, semua acara utama diadakan di medan, buat julung kalinya TD melancarkan serentak dua latihan medan peringkat Briged iaitu di Medan Barat oleh formasi 6 Briged dan di Medan Timur oleh formasi 3 Briged, dengan latihan berterusan sahaja dapat mengekalkan kewibawaan TD, tiada kompromi dan tiada jalan singkat untuk berjaya menjadi TD kelas pertama, syabas dan setinggi-tinggi terima kasih kepada BAKAT yang selama ini telah bersama-sama menyokong pengabdian suci para suami, teruskan sokongan yang amat diperlukan suami kerana motivasi dan tumpuan terhadap tugas bermula dari rumah.

Turut hadir Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Datuk Amar Mohd Ghazali Dato’ Mohd Seth, Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain dan Panglima-panglima formasi.