20 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

12041901KUALA LUMPUR: Seramai 500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat wanita Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor hadir dalam Majlis Sambutan Hari Wanita TD Ke-54 dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Auditorium Wisma Pertahanan pada 11 Apr 2019.

Majlis sambutan ini berkonsepkan seminar sebagai salah satu usaha menambah pengetahuan wanita TD berkenaan tanggungjawab wanita yang bermotivasi, mementingkan penjagaan kesihatan mental dan berpengetahuan terutamanya berkenaan perkhidmatan wanita.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyelaras dan mengkoordinasikan aspek pentadbiran bagi Majlis Sambutan Hari Wanita TD Ke-54.

Pada masa itu, satu pelan strategik di mana empat objektif utama sedang dirangka iaitu membangunkan sahsiah diri wanita TD yang berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan memenuhi keperluan profil TD serta memperkukuhkan kedudukan wanita TD.

Bagi objektif ketiga pula meningkatkan pengurusan kebajikan dan kualiti hidup wanita TD, manakala yang terakhir adalah memperkasakan pengurusan kerjaya wanita TD.

Dalam ucapan PTD, beliau mahukan kajian terperinci dilaksanakan agar perancangan tersebut seiring dengan keperluan perkhidmatan serta jumlah keanggotaan sedia ada dan hendaklah selaras dengan perintah ulung beliau iaitu ASAS.

“Bertitik tolak dari itu, TD menetapkan 15 Mac pada setiap tahun sebagai Hari Wanita TD bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada negara dan perkhidmatan.

“Maka majlis ini adalah simbolik penghargaan TD terhadap warga wanita di mana tema Sambutan Hari Wanita TD bagi tahun ini adalah Wanita Bersama Pembangunan TD,” kata PTD.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar wanita TD terus gigih menggalas amanah yang diberi demi memartabatkan lagi kecemerlangan TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan dan Pengarah Tenaga Kerja bahagian Perkhidmatan Anggota merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita TD, Brig Jen Suriakala Suriabagavan.