25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


08051901Ramai yang melatah apabila tersebarnya warkah mingguan PTD kononnya menyentuh syiah didalam tulisannya, penulis agak terkejut apakah bentuk tulisan  sehingga membangkitkan persoalan Ahli Sunnah yang membantah secara semborono tanpa menghayati apa maksud tersirat disebalik surat tersebut.

Nukilan berbentuk nasihat dan puisi dipercayai hasil tulisan pemerintahan tertinggi Tentera Darat kini tular selepas dikatakan menyentuh beberapa perkara berkaitan Syiah.

Nukilan ‘Dari Meja Panglima Tentera Darat (PTD)’  selepas menyertai lawatan rasmi bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke Iran baru-baru ini untuk disebarkan dalam kalangan anggota perkhidmatan itu sebagai nasihat dan renungan.

Penulis berasa amat lucu juga dengan Akhbar  Utusan yang kelihatan terkial kial untuk menyangah surat tersebut kerana "berlabel syiah", separuh masak dan dilihat amat terpaksa untuk menyiarkan berita ini.Mengapa Utusan tidak menggunakan editorial mereka sendiri untuk membantah PTD sebaliknya menyiarkan berita kononnya Warganet marah bukannya Utusan?

Utusan hanya mampu menyangah perkataan "AKU" kononnya menimbulkan  kekeliruan kepada pembaca, Wahai akhbar Utusan surat yang diedarkan secara dalaman oleh PTD bukannya untuk budak berumur 9 tahun, penulis yang kurang mahir didalam agama pun amat faham dengan mudah apa yang dimaksudkan oleh PTD.

Penulis kenal dengan beberapa anggota tentera,terutamanya di MINDEF,mereka akui PTD memang setiap minggu tanpa gagal akan menghantar warkah kepada anak buahnya,malah beliau juga diantara yang cukup kuat dengan aktiviti tazkirah melalui warkah tulisan tangan beliau. Malah dibukukan nukilan beliau hingga diedarkan di merata tempat.

Penulis terbayang jika PTD menulis warkah memuji melangit negara barat seperti Amerika atau British.. dua negara ini penaung besar dan pembiayai negara teroris Israel, adakah diluar sana akan membantah? Apa pulak respon pak mufti? apa pulak respon Asraf Wajdi?

Iran sebuah negara, sama juga seperti China, Malaysia membuat hubungan diplomatik dengan negara luar bukan berdasarkan agama kepercayaan mereka! Contoh yang diambil oleh PTD adalah dari sisi baik sebuah negara yang penganutnya Syiah. Adakah anda setuju jika PTD juga mengambil sisi baik dinegara China tiba tiba PTD ini menjadi pengikut Komunis? China terkenal dengan pembunuhan etnik Uighur!

Sanggahan Dari Utusan:

Apa yang menimbulkan persoalan adalah isi kandungan puisi bertarikh 3 Mei menyentuh Syiah yang sebelum ini telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apatah lagi penggunaan ‘Aku’ yang merujuk kepada Allah SWT dalam nukilan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Antara isi kandungan puisi tersebut adalah:

“Janganlah kami sombong dengan Aku yang Maha Berkuasa. Jangan kamu khilaf untuk menilai yang Aku suka dan yang Aku murka. Berbalah sesama kamu bermakna kamu semua gagal dari Aku yang Esa. Aku tetap hidupkan kamu dengan nyawa agar kamu insaf dan balik kepada Aku semata-mata.

“Yang mengamalkan Syiah, cara mereka biarkan mereka, jangan pula kamu menghina, kerana jika kamu menghina mereka, bermakna kamu menghina Aku jua.

“Biarkan mereka hidup dalam Syiah sebagai amalan mereka, Kamu hidup dalam ASWJ tanpa berbalah sesama, bersatu dan berkasih sayang. Itulah tuntutan fitrah makhluk-makhluk yang ada.”

Di samping itu, puisi yang mempunyai lambang Tentera Darat itu juga turut membuat perbandingan antara negara Iran dengan negara yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Jika kita amati realitinya, negara Iran yang dikatakan Syiah ini tak dengar ada huru-hara sini sana. Sebaliknya negara Islam yang amalkan ASWJ kucar-kacir sini dan sana. Mudah sangat di kucar-kacir oleh orang lainnya.”

Walaupun surat itu dilihat berbentuk nasihat supaya umat Islam tidak berpecah disebabkan perbezaan mazhab namun warganet menganggap tidak wajar berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fahaman Syiah.

Dalam pada itu, Sel Perhubungan Raya Tentera Darat hari ini mengesahkan surat tersebut namun tidak ada sebarang kenyataan dibuat masa ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber Maklumat Asal: https://infowatan.blogspot.com/2019/05/jika-panglima-angkatan-tentera-memuji.html