19 Mei 2019
Kemaskini Akhir: 15 Mei 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

15051901KUALA LUMPUR: Seramai 25 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di  Dewan Tanjung, Wisma Transit  pada 9 Mei 2019.

Mendahului senarai, Kol Mohd Halim Khalid yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima 6 Bgd, Kol Mohd Nazri Abd Rahman dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima 1 Bgd, Kol Azman@Norazman Selamat  dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Provos Marsyal Darat.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol didahului oleh Lt Kol (Dr) Ngoo Kay Seong yang menjawat sebagai Pakar Bedah (Jab Bedah) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Lt Kol Abdul Aziz Samsi@Hj Shamsudin dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Ketua Kumpulan KP, Markas Pemerintahan Logistik TD, encik  Al-Hambra Juhar dinaikkan ke pangkat Kol Sukarela AW dan menjawat jawatan sebagai Komander Rej 507 AW.

Manakala seramai 19 pegawai kanan termasuk Pegawai Sukarela AW dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat, ianya kurniaan Ilahi serta berkat hasil kegigihan, integriti dan sifat terpuji yang konsisten, ketiga-tiga aspek tersebut adalah antara ciri-ciri asas bagi pemimpin.

 “Sebagai pegawai kanan yang memimpin anggota bawahan, saya berharap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar TD akan menjadi lebih harmoni dan lebih cekap,” tegas PTD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.