21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

27051901KUALA LUMPUR: Seramai 500 warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sungai Besi pada 21 Mei 2019.

Sebaik ketibaann PTD, beliau disambut oleh Panglima Medan Barat TD (PMB TD), Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin lalu meluangkan masa utk berjumpa warga PMBTD.  

Selepas berbuka puasa PTD menyertai jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majlis diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan terutama dikalangan warga PMBTD dan mengambil berat akan kebajikan warga PMBTD

Selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anggota, majlis ini juga untuk meraikan pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim ATM (STAY ATM) yang mana dapat memberikan kemeriahan buat pelajar-pelajar ini menyambut Ramadan.

Turut hadir, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin.