24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


27051905KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Kol Yang DiPertua (YDP) Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kol YDP RRD dan KPTD bertempat di Masjid Al-Fateh Kem Wardieburn pada 10 Mei 2019.

Terdahulu keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di perkarangan masjid.

Selepas berbuka puasa baginda menyertai jemaah yang hadir terdiri dari
216 pegawai dan 364 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Raja Perlis berkenan mengurniakan cek bernilai RM 60,000.00 kepada Pengerusi Yayasan Kol YDP RRD, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar (B) untuk disumbangkan kepada golongan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, balu anggota tentera dan anak istimewa.

Turut hadir Pengerusi RRD, Mej Jen Dato Md Din Hj Abu, Pengerusi KPTD, Brig Jen Hj Mislan Anuar dan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.