17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


10061901PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) Markas Tentera Darat melakukan lawatan ke kawasan operasi sekitar Banding pada 4 Jun 2019.

Lawatan tersebut adalah untuk meninjau pos-pos operasi dan melihat tahap kesiap siagaan anggota selain menyuntik semangat kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan semasa orang lain bergembira menyambut kedatangan syawal.

Pada masa sama dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh anggota yang sedang melaksanakan operasi.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan beg raya kepada anggota yang bertugas di perbatasan yang mana dengan pemberian tersebut dapat mengurangkan sedikit kerinduan anggota buat keluarga masing-masing ketika sedang bertugas pada hari lebaran.

Turut mengikuti lawatan tersebut Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Zakaria Hj Yadi dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar.