24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


27061902NEGERI SEMBILAN: Seramai 14 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di di Padang Kawad Pusat Latihan Asas TD (PUSASDA), Bandar Tentera Darat pada 22 Jun 2019.

Mendahului senarai, Kol Noor Sazali Puteh yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen serta memegang jawatan sebagai Komander MK Arti Div 3 Div dan Lt Kol Mohammad Razeif Che Ahmad dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol serta menjawat jawatan Prinsipal Staff Officer Tadbir, Komponen Pertahanan, ESSCOM.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada 12 pegawai yang dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami.