17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

22071901KUALA LUMPUR: Seramai 16 pegawai dan 480 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bawah naungan Pemerintahan Medan Barat terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 19 Jul 2019.

Perbarisan ini merupakan simbolik bagi menghargai jasa, khidmat dan bakti yang telah dicurahkan oleh Lt Jen Datuk Azizan Md Delin di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Terdahulu dari itu, PMB TD menerima tabik hormat terakhir dari kontinjen perbarisan terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Lt Kol Ahmad Muzaimi Mohd Ali serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Acara diteruskan dengan pemeriksaan barisan oleh PMB TD serta perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan jalan dan cepat.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang meluangkan masa hadir ke perbarisan akhir sempena persaraan dan ia merupakan satu penghormatan peribadi untuk beliau.

Mengimbas keperibadian Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, beliau dilahirkan pada 23 Feb 1960 di Sungai Petani, Kedah dan menjalani latihan di Maktab Tentera Diraja sebagai Pegawai Kadet mulai 6 Jan 1979 lalu ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 2 Apr 1981.

Pasukan pertama beliau berkhidmat setelah ditauliahkan adalah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Institut Teknologi Mara serta Masters Degree in International Security and Civil-Military Relations from The Naval Post Graduate School (NPS) di Monterey California, Amerika Syarikat.

Lt Jen Datuk Azizan Md Delin telah dinaikkan pangkat Lt Jen pada tahun 2015 dan menjawat jawatan Ketua Eksekutif di Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) telah dipertanggungjawabkan bagi menasihati perihal yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara pada ketika itu serta pernah mewakili dan mempersembahkan negara di dalam Network of ASEAN Defence and Security Institution.

Beliau seterusnya telah diberi kepercayaan bagi menerajui ketumbukan Tentera Darat di Semenanjung Malaysia pada 16 Dis 2016 sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat Ke-19.

“Setelah lebih 40 tahun bergelumang di dalam perkhidmatan TD, maka hari ini tiba masa untuk saya mengundurkan diri dari perkhidmatan yang mulia ini dan sejarah panjang perkhidmatan telah memberi peluang kepada saya menimba berbagai pengalaman yang mendewasakan saya demi penugasan kepada TD dan ibu pertiwi yang tercinta,” jelas PMB TD.

Majlis diakhiri dengan acara simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Lt Jen Datuk Azizan Md Delin yang ditarik oleh pegawai -pegawai dan anggota bermula dari Bulatan 1 RAMD hingga ke Balai Pengawal Utama.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan pegawai kanan TD.