17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

22071902NEGERI SEMBILAN: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) muncul Johan Keseluruhan dalam Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Darat Tahun 2019 disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Auditorium Sebatang Karah pada 19 Jul 2019.

Tilawah Al-Quran ini dilaksanakan dari 17 hingga 19 Jul 2019 anjuran Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) dengan tema Al-Quran Memberi Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Seramai 29 peserta daripada tujuh Formasi dalam TD menyertai tilawah ini meliputi lima kategori iaitu Kategori Pegawai, Qari, Qariah, Qari Saudara Baharu dan Kategori Qariah Saudari Baharu.

Kesemua peserta akan dinilai permakahannya daripada segi lontaran suara, fasohah, tajwid dan taranum masing-masing serta diadili oleh  empat hakim awam diketuai oleh Pengarah Sel Agama TD.

Johan Kategori Pegawai dimenangi oleh Mej Muhammad Mushawwir Che Mohd Azuha dari 3 Div, Kategori Qari diberikan kepada SSjn Muhammad Hasanbasri Ahmad dari MK 4 Div dan Johan Kategori Qariah pula disandang oleh Rabia’htun Adauyiah Ismail dari MK 3 Div.

Manakala bagi Johan Kategori Saudara serta Saudari Muslim Baharu dimenangi oleh Kpl Fariz Danial Abdullah dari MK 2 Div dan Kpl Nur Hayfa Jesica Robert dari Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Dalam ucapan penutup oleh PTD, beliau menyeru kepada hadirin supaya jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian serta hayati pengajaran dan praktikannya dalam apa jua urusan supaya mendapat keredhaan ilahi dunia dan akhirat.

“Dalam konteks ini, Al-Quran adalah panduan mutlak bagi menghadapi dunia dan akhirat dimana di dalamnya terkandung segala bentuk pedoman, pengajaran dan hikmah.

“Inilah kunci yang mencangkupi segala aspek sebelum dan sesudah mati kerana kewajipan beriman kepada Al-Quran adalah merupakan Rukun Iman yang ketiga,” katanya.

Tambahnya lagi, TD mengorak langkah untuk mendekatkan warganya dengan Al-Quran dimana usaha keatasnya sedang dilaksanakan bagi mendapat statistik tahap kebolehan membaca Al-Quran serta memastikan warga TD celik Al-Quran.

Turut hadir isteri PTD, Datin Seri Noor Akmar Yaacob, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dan Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar.