17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

22071903KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu melakukan Lawatan Kerja beliau ke Markas Tentera Darat pada 17 Jul 2019.

Sebaik ketibaan MENHAN, beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi lalu diperkenalkan kepada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah (BCJ) MKTD.

Beliau kemudiannya dibawa ke Bilik Tetamu PTD dan menandatangani Buku Lawatan serta di beri taklimat berkenaan MKTD di Bilik Mesyuarat Sekretariat.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Zakaria Hj Yadi.