20 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26071901KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu menyempurnakan Majlis Malam Anugerah Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2018 di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 23 Jul 2019.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada atlet-atlet ATM supaya tidak sesekali merasakan diri tidak berkemampuan untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi kerana hakikatnya semua mempunyai ciri-ciri kecemerlangan di dalam diri masing-masing serta tanamkan semangat juang yang tinggi agar tidak tewas dan cepat mengalah.

Selain itu MENHAN berharap perancangan hadapan untuk kemajuan sukan perlu dirangka dan dilaksanakan melalui beberapa pendekatan yang relevan dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak didalam pengurusan mahupun atlet menjadikan sukan sebagai satu perkara yang diberi keutamaan di dalam meningkatkan imej serta pencapaian sukan ATM khususnya dan Malaysia amnya.

Semua pihak perlu berganding bahu memperkenalkan daya kepimpinan dan pengurusan yang lebih positif bagi membina platform yang kukuh dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan sukan ATM dan negara.

“Saya amat yakin sekiranya budaya kepentingan kecergasan fizikal secara individu dilaksanakan di setiap lapisan pemerintahan, bakat-bakat baru yang berpotensi serta berkebolehan akan muncul untuk mewakili negara Malaysia kelak,” ujar MENHAN.

Terdahulu pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan cek sumbangan kepada Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang bernilai RM30,000.00 yang telah disampaikan oleh Penolong Pengurus PERNAMA, Mat Rostam Mat Abas kepada Panglima Tentera Udara merangkap Yang DiPertua MSAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM serta sumbangan daripada MENHAN saebanyak RM 5000.00.

Beberapa anugerah dan sijil penghargaan serta kepujian telah disampaikan antaranya Sijil Penghargaan kepada sembilan Penerima Pentadbir Sukan, 32 orang atlet yang bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM serta sembilan orang atlet penerima Anugerah Lambang Emas dan 16 atlet penerima Anugerah Lambang Perak.

Penerima bagi kategori Jurulatih Sukan Terbaik, diberikan kepada Sjn (U) Azli Abdullah, manakala Anugerah Tokoh Sukan, dirangkul oleh Mej Hardeep Singh TUDM (B), seterusnya bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati, disandang oleh LK PAP Jackie Wong Siew Cheer dan LK I PNK Norliyana Kamaruddin, manakala Johan keseluruhan Sukan Antara Perkhidmatan 2018 disandang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Ketua Staf ATM, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman Mohd Othman dan Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi.