25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


26071902KUALA LUMPUR: Kontinjen Olahraga Tentera Darat (TD) terdiri dari dua pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Shahrin Lizar Saad menerima bendera TD dari Pengerusi Persatuan Olahraga TD, Kol Hj Idros Hj Muhammad sebagai simbolik semangat buat Kontinjen Olahraga yang mewakili TD di Dewan Datuk Jamil, Kem Perdana, Sungai Besi pada 24 Jul 2019.

Kontinjen Olahraga TD akan mewakili TD ke Kejohanan Olahraga Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-56 melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang akan berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut Perak bermula 31 Jul hingga 2 Ogos 2019.

Semasa majlis penyerahan bendera, Pengerusi Persatuan Olahraga TD turut memberi kata-kata semangat kepada Kontinjen Olahraga TD dan berharap agar dapat mensasarkan kemenangan dan dinobatkan sebagai Johan dalam kejohanan olahraga ATM Ke-56.