20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


31071901KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  hadir dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Hj Mohamad Sabu di Wisma Pertahanan pada 23 Jul 2019.

Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen serta dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi Negeri Selangor.

Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Hj Adly Hj Zahari turut dipakaikan pangkat Brig Jen Kehormat serta dilantik sebagai Penaung JAKPAW bagi Negeri Melaka.

Pelantikan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka sebagai Penaung JAKPAW di peringkat negeri telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-575 berkuatkuasa pada 24 Mei 2019 dan JAKPAW merupakan suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di setiap negeri untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP).

Tujuan organisasi jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem gunasama, mempromosikan Askar Wataniah (AW) di kalangan masyarakat dan menggalakkan penyertaan orang awam menyertai ASP menerusi komitmen majikan di mana Piagam Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan telah ditetapkan menerusi Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 1 Tahun 1996.

Perlantikan Pengerusi JAKPAW dibuat oleh Menteri Besar/Ketua Menteri/Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat) serta semua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan MAT dan perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.