18 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

PM 189Port Dickson, 5 Okt 2019- Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 189/19 dan Wanita Siri 45/19 telah berlangsung di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Seramai 1,764 PM yang terdiri daripada 1,696 PM Lelaki dan 68 PM Wanita telah berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 29 Mac hingga 5 Okt 19. Latihan ini dilaksanakan selama 6 bulan bagi melahirkan PM yang berkeyakinan diri, berketerampilan, berdisiplin serta kompeten untuk mencapai kualiti sumber manusia yang terbaik sesuai dengan kehendak Tentera Darat Malaysia (TDM).

Turut berlangsung adalah beberapa acara penyampaian hadiah kecemerlangan, sijil kepujian, dan serah terima tugas. Acara Penyampaian 6 Hadiah Kecemerlangan PM:

1. Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik: 1204188 PM Muhammad Nuruddin bin Ishak, 19 tahun dan berasal dari Bukit Piatu, Melaka.

2. Perajurit Muda Akademik Terbaik: 1204541 PM Muhammad Izzauddyn bin Azleen, 23 tahun dan berasal dari Terendak, Melaka.

3. Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik: 1205340 PM Mohd Rafi bin Yahya, 19 tahun dan berasal dari Semporna, Sabah.

4. Perajurit Muda Kawad Terbaik: 1205461 PM Syazwan Akif bin Razali, 19 tahun dan berasal dari Alor Star, Kedah.

5. Perajurit Muda Penembak Terbaik: 1204065 PM Ezric Maizan bin Roslan 21 tahun dan berasal dari Sarikei, Sarawak.

Acara Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Tentera Darat. PTD turut menyaksikan acara Serah Terima Tugas SMR TD di antara Pegawai Waren 1 Hayazi bin Abdul Aziz dan Pegawai Waren Satu Mohd Pauzi bin Mohd Ali. Pegawai Waren 1 Hayazi bin Abdul Aziz kini menyandang jawatan sebagai SMR Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain acara perbarisan, turut diadakan adalah pameran aset-aset TDM seperti Meriam 105 Howitzer, Meriam 155mm MK III, GEMPITA, LIPAN BARA dan Persenjataan Infantri. Turut diadakan adalah pameran Ikhtiar Hidup Pertempuran, Peralatan Khas TDM, Pameran Kerjaya, Hospital Bergerak, Peralatan Kejuruteraan dan Peralatan Komunikasi.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato Hj Mohd Nazir bin Hj Mami, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato Mohammad bin Ab Rahman, serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.