17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


 

PTD 189NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menegaskan bahawa profesion sebagai seorang anggota Tentera Darat (TD) bukanlah kerjaya yang mengejar kekayaan dan kemewahan tetapi adalah tugas mulia yang menuntut pengorbanan untuk negara.

“Kehidupan sebagai seorang tentera bukanlah mudah dan senang kerana anggota tentera mesti sentiasa mempamerkan sikap profesional semasa bertugas, berketerampilan dan menunjukkan akhlak yang baik lagi terpuji.

“Nilai-nilai spriritual dan keagamaan harus dijadikan teras pegangan kerana ianya akan membawa kepada pengukuhan jati diri dalam mewujudkan Khairul Ummah yang mempunyai keseimbangan aspek kerohanian dan fizikal,” tegasnya.

PTD berkata demikian semasa ucapanya dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Tentera Darat Siri 189/2019 Lelaki dan Siri 45/2019 Wanita di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 5 Okt 2019.

Selain itu, beliau mengingatkan agar menjauhi sebarang bentuk gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, pengaruh kawan dan media sosial yang tidak sihat, fahaman ekstremis berkaitan agama dan politik serta permainan judi online.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan berkrompomi dengan isu-isu pelanggaran disiplin, integriti dan perbuatan tidak bermoral yang merosakkan nama baik TD.

“Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit demi menentukan kekuatan dan keutuhan TD sebagai satu entiti,” jelas PTD.