24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

TEMBAK PISTOL PAT 3

KUALA LUMPUR, 15 Sep 20 - Latihan menembak pistol melibatkan pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dilaksanakan di Lapang Sasar 25m, 1 RAMD, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. Acara berkenaan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Acara tersebut telah dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

Latihan berkenaan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol di samping memupuk semangat berpasukan di kalangan para penembak.

Bagi acara Tembakan Berkumpulan (Jatuh Piring Bermasa), sebanyak empat tim telah diwujudkan bagi menyempurnakan acara tersebut. Acara dilaksanakan secara Round Robin dan pertandingan akhir berlangsung dengan menyaksikan Tim Panglima Angkatan Tentera yang turut dianggotai oleh Panglima Tentera Darat dan Panglima Medan Barat Tentera Darat menewaskan Tim Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat.

TEMBAK PISTOL PAT 5