24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

T5 2
TONGGAK KELIMA - PROGRAM JIWA MURNI PERINGKAT 4 DIVISYEN TAHUN 2020 DI KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI KEJAR, GERIK, PERAK
 
Gerik: Program Jiwa Murni (PJM) PeringTONGGAK KELIMA - PROGRAM JIWA MURNI PERINGKAT 4 DIVISYEN TAHUN 2020 DI KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI KEJAR, GERIK, PERAKkat Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) anjuran Cawangan Risik Markas 4 Div di Kampung Orang Asli Sg Kejar, Gerik, Perak telah dilaksanakan pada 25 Sep 2020 melibatkan seramai 21 Pegawai dan 25 anggota dari MK 4 Div, Cawangan Risik Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Batalion Keempat Rejimen Sempadan (4 RS) serta 621 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT). Pada PJM ini juga, Kol Perisikan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Kol Johari bin Ismail dan Pegawai Memerintah 4 RS, Lt Kol Mohd Hisham bin Din turut serta bagi menjayakan PJM tersebut.
PJM yang dianjurkan ini meliputi khidmat pemeriksaan kesihatan dan pergigian, ceramah agama, motivasi, pemberian makanan asas, tuala wanita dan alat tulis yang dihulurkan kepada penduduk yang daif dan jauh dari pembangunan yang diduduki seramai 89 orang terdiri dari 22 buah keluarga. Program turut meliputi beberapa aktiviti seperti beramah mesra bersama penduduk, aktiviti riadah dan aktiviti bersama anak-anak penduduk kampung.
Barang sumbangan yang telah diberikan adalah seperti pemberian makanan asas, tuala wanita dan pakaian terpakai. Manakala peralatan seperti botol air, Lunch Box, Stationary Set, dan lain-lain telah disumbangkan oleh MKTD- Cawangan Perisikan.
PJM ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati serta mengeratkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat bersama warga tentera. Pelaksanaan PJM yang melibatkan masyarakat setempat ini mempamerkan komitmen tinggi di samping berupaya meningkatkan kredibiliti organisasi Tentera Darat di mata rakyat.
Program ini juga merupakan salah satu pelan tindakan Divisyen Keempat Infantri Malaysia untuk memenuhi keperluan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 serta Objektif Ketiga Direktif Perisikan dan Keselamatan Panglima 4 Divisyen tahun 2019-2020.
 
T5 4
Sumber : Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia