24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

 
PUSPAHANAS 1
Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS). Majlis berkenaan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
Kursus Ketahanan Nasional 2020 (KKN 2020) yang bermula pada 3 September 2019 merupakan siri pertama yang diadakan sejak penubuhan Maktab Ketahanan Nasional (National Resilience College) secara rasmi pada 31 Julai 2019. Ia dihadiri oleh Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Brigedier Jeneral dan Kolonel atau setaraf.
Seramai 12 Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) serta 4 orang Pegawai Kanan masing-masing dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini telah dilaksanakan selama 52 minggu yang merangkumi kerja kursus (coursework) untuk tempoh 8 bulan pertama diikuti oleh _practicum_ iaitu penghasilan dan persembahan polisi serta strategi nasional untuk tempoh 4 bulan yang terakhir.
Sewaktu awal pandemik COVID 19, penuntut KKN dan ahli fakulti Maktab telah diaturgerak untuk menyokong Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung krisis tersebut. Tim ini adalah sebahagian utama think tank yang telah bekerjasama dengan hampir 22 agensi kerajaan yang berkepentingan.
Susulan itu tim ini telah berkolaborasi bagi pembentukan Joint Common Operating Picture (J-COP) untuk berkongsi maklumat bagi membantu proses membuat keputusan-keputusan kritikal. Semua usaha ini dilaksanakan dengan hemah dan profesional hingga berjaya mencadangkan pilihan-pilihan penyelesaian dan diangkat untuk dipertimbang, seterusnya diperakui Kerajaan.
Ini merupakan antara pencapaian besar ATM amnya dan menzahirkan kewibawaan maktab ini khususnya di mana para peserta bukan sahaja berjaya menjalani kursus ini dengan efektif malah pada waktu yang sama berjaya berkhidmat dengan cemerlang demi kepentingan negara. Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaafar telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik kursus.
Pada majlis ini, sebuah naskah ilmiah yang dihasilkan oleh para peserta kursus turut dilancarkan oleh Panglima Angkatan Tentera. Naskah bertajuk “Nation Call” adalah merupakan buku kompilasi laporan penugasan oleh para peserta kursus semasa negara menghadapi wabak COVID-19 yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ Dr Mohd Radzi bin Abdul Hamid sebagai Ketua Editor. Semua penugasan mereka semasa menjadi think tank kepada Panglima Angkatan Tentera dan Majlis Keselamatan Negara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani wabak berkenaan direkodkan dalam buku tersebut agar menjadi panduan dan bahan rujukan di masa hadapan.
PUSPAHANAS 4Turut disempurnakan dalam majlis tersebut adalah serah terima tugas Presiden PUSPAHANAS di antara Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam dan Leftenan Jeneral Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz. Terdahulu dari itu, diadakan upacara pemakaian pangkat Leftenan Jeneral Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz yang merupakan Komandan pertama Maktab Ketahanan Nasional sebelum dilantik sebagai Presiden PUSPAHANAS yang baru.
Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam adalah Presiden PUSPAHANAS pertama yang dilantik sejak 01 September 2019. Sebelum itu beliau adalah Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS). Beliau akan bercuti pada 1 Okt 2020 dan seterusnya mengikuti latihan peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan secara wajib pada 26 April 2021.
Kedua-dua majlis ini turut dihadiri oleh ahli Lembaga Gabenor Maktab Ketahanan Nasional yang terdiri daripada Panglima-Panglima Perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara serta 180 orang para jemputan domestik dan perwakilan asing.