24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

MAJLIS PEMAKAIAN BERET PBB, PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA DAN PENGHANTARAN KUMPULAN PERTAMA MALAYSIAN BATTALION 850-8 KE LUBNAN

Malbat 3SUBANG, 1 Oktober 2020 - Seramai 181 orang Pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu 42 pegawai lelaki, 5 pegawai wanita, 108 anggota lain-lain pangkat lelaki dan 26 anggota lain-lain pangkat wanita terlibat bagi pergerakan Kumpulan Pertama MALBATT 850-8. Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad bin Ab Rahman hadir dalam acara tersebut mewakili Panglima Tentera Darat.

Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-8 telah dilaksanakan di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz.
MALBATT 850-8 akan diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan 4 peringkat penghantaran. Penghantaran Kumpulan Pertama melibatkan seramai 215 orang dan diketuai oleh Komander MALBATT 850-8, Kol Azudin bin Hassan bersama 53 Pegawai dan 162 anggota lain-lain pangkat.
MALBATT 850-8 telah menjalani latihan penyesuaian selama 3 bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan 2 bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Perkampungan MALBATT, Port Dickson, Negeri Sembilan. MALBATT 850-8 telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-7 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat selama 12 bulan.
Keseluruhan kekuatan anggota MALBATT 850-8 adalah seramai 850 orang. Ianya terdiri dari 80 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan.
 
Malbat 1MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL. MALBATT 850-8 akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.
Majlis pemakaian beret PBB diadakan secara simbolik dan dipakaikan kepada Komander MALBATT 850-8, wakil ketiga-tiga perkhidmatan (TDM,TLDM, TUDM), wakil ABDB, wakil anggota wanita dan anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM. Kerajaan Malaysia telah meluluskan
penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak tahun 2007 bagi membantu pasukan pengaman dari lain-lain negara anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Buat pertama kalinya majlis penghantaran Kontijen MALBATT 850-8 tidak dihadiri oleh ahli keluarga pegawai dan anggota bagi mematuhi SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Mereka hanya berhubung menggunakan panggilan video menggunakan telefon bimbit masing-masing serta melihat acara tersebut di Facebook Live Markas Angkatan Bersama.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Pesuruh Jaya Tinggi Kedutaan Brunei Darus Salam, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan ABDB serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.